Panduan Mengisi SPA

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

Program yang dijalankan adalah untuk membantu belia dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi mereka yang berminat menyertai sektor kerajaan, inilah peluang untuk mengisi maklumat diri. Ianya dibuka sepanjang tahun dan perlu dikemaskini setiap tahun sekiranya ingin meningkatkan peluang panggilan untuk ditemuduga.

Setiap peserta diberi kaedah untuk mengenalpasti tentang jawatan yang diperlukan . Setiap maklumat haruslah diisi dengan betul dan tepat. Pemilihan pekerjaan harus sesuai dengan kelayakan diberi. Peserta yang hadir mendapat ilmu berkaitan carian kerja dengan lebih mendalam melalui perkongsian yang dibuat oleh staf pengurusan pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali